26 Ogos 2024 | Isnin
Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat menerima lawatan INTERNATIONAL FIELDWORK AND STUDENTS EXCHANGE PROGRAMME (Program Mobiliti Pelajar Jepun ke UTHM) yang terdiri daripada pelajar daripada Rikkyo University, NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY KURE COLLAGE & UTHM. Lawatan terdiri daripada 33 pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring. Acara dimulakan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan PERTAMA TARI
Persatuan Tari Ronggeng Daerah Batu Pahat di kawasan parkir berbumbung, Menara MPBP. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan Perancangan Bandar dan Pelancongan di Batu Pahat dan telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Perancangan Bandar, Encik Shahril bin Karjoo. Setelah selesai sesi taklimat, acara seterusnya merupakan penyampaian cenderahati kepada 5 orang pensyarah pengiring daripada Rikkyo University iaitu Prof. Dr. Masutani Satoshi termasuklah pensyarah daripada UTHM.
Sesi lawatan dalam sekitar bandar Batu Pahat telah berlangsung di beberapa lokasi yang menarik antaranya di Laman Tanjung, Jalan Shahbandar, khususnya di dalam Zon Warisan Bandar Penggaram iaitu di Terusan Penggaram Jalan Ibrahim, Pasar Pagi Jalan Ibrahim, mural di Pasar Pagi Jalan Ibrahim, Old Batu Pahat Japan Club Building yang terletak di Jalan Shahbandar, Kedai Cermin Mata Hakka Optical di Jalan Penggaram, kedai Film Never Die dan Galeri Barangan Antik di Jalan Jenang.
Terima kasih buat semua yang terlibat kerana turut sama menjayakan program lawatan ini.