MENU

Menu utama

Bengkel Pengurusan Sumber Manusia dan HRMIS Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Hotel Rosa Passadena, Cameron Highlands selama 3 hari (10-13 Oktober 2022). Bengkel telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baru mengenai Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Tuan Setiausaha MPBP, Encik Abd Karim bin Haji Bakar juga turut menyampaikan Taklimat Nilai Etika Perkhidmatan Awam.

Semoga bengkel ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti kerja warga kerja Majlis Perbandaran Batu Pahat.

#MPBP #MajudanSejahtera

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 April 2024 - 2:42pm