MENU

Menu utama

Bantuan Kewangan Kepada Mangsa Ribut Oleh Yayasan Makmur Batu Pahat

Pada hari rabu (6 April 2022) terdapat kejadian ribut yang melanda sekitar kawasan Parit Raja. Terdapat beberapa penganjur dan peniaga Bazar Aidilfitri Parit Raja yang terkesan dari kejadian tersebut.

Sehubungan itu, hari ini (9 April 2022) Majlis Perbandaran Batu Pahat melalui Yayasan Makmur Batu Pahat prihatin terhadap mangsa dan telah menyampaikan bantuan kewangan kepada 2 penganjur dan 12 peniaga. Diharap sumbangan ini dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung mereka dalam mencari rezeki.

Bantuan telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Makmur Batu Pahat yang juga Adun Kawasan Parit Raja, YB Puan Nor Rashidah binti Ramli. Majlis turut disertai oleh Yang Dipertua MPBP, Tuan Ezahar Bin Abu Sairin dan Ahli Majlis Zon 11, Puan Norhanim Binti Monadam.