MENU

Menu utama

Objektif Bahagian Landskap

 

  • Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Pelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas dan garispanduan dalam kerja-kerja perancangan pembangunan Landskap.
  • Mengawal dan merancang landskap di dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat agar terancang dan bersistematik mengikut rancangan-rancangan di atas dan mengikut dasar-dasar / perkeliling-perkeliling kerajaan serta garispanduan yang digunapakai.
  • Memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Menyediakan data/sistem maklumat Bahagian Landskap untuk kegunaan / rujukan pelbagai jabatan dan orang awam.
  • Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Bahagian Landskap.
  • Memastikan setiap permohonan pelan landskap dan pembangunan landskap teratur dan memuaskan mengikut Garis Panduan Landskap Negara.
  • Memastikan kawasan riadah disediakan selaras dengan keperluan masyarakat Majlis Perbandaran Batu Pahat mengikut hierarki taman yang telah ditetapkan serta melengkapkan fungsi setiap taman tersebut mengikut Garis Panduan Landskap Negara.
  • Memastikan perancangan landskap yang telah dibuat diselenggara dengan spesifikasi dan penjadualan yang betul dan dapat memberi fungsi yang baik kepada warga Majlis Perbandaran Batu Pahat serta sentiasa memberi keceriaan kepada kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
  • Memastikan kawasan yang dicadangkan dapat memberi manfaat dan memberi fungsi yang baik kepada masyarakat samaada sebagai tempat riadah, taman permainan kanak-kanak ataupun kawasan lapang.
  • Membuat tindakan yang berpatutan terhadap aduan penebangan pokok berbahaya dan aduan-aduan yang berkait dengan landskap.
  • Memastikan perkhidmatan sewaan bunga dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati pelanggan.

 

Fungsi Bahagian Landskap

 

  • Bertanggungjawab dalam hal-hal Perancang Pembangunan Landskap, projek-projek pembangunan yang berkaitan dengan input landskap dan menyediakan pelan-pelan perancang, mengikut rancangan-rancangan pembangunan yang telah diwartakan dan garis panduan-garis panduan yang digunapakai.
  • Bertanggungjawab menyelaras dan memberi input-input perancangan dalam penyediaan Pelan-Pelan Pembangunan dan Pelan Induk Landskap
  • Memproses permohonan-permohonan Landskap mengikut prosedur OSC dan memberi ulasan-ulasan Perancangan Landskap kepada agensi-agensi yang memerlukan ulasan.
  • Membentuk, mengemaskini dan menyediakan garis panduan-garis panduan Perancangan dan Landskap untuk digunapakai dala kerja-kerja kawalan Perancangan  Majlis Perbandaran Batu Pahat.
  • Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan yang diterima yang berkaitan dengan bahagian Landskap.
  • Melaksana kerja mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK) dan memastikan prosedur kerja mengikut Fail Meja (FM) masing-masing dan menjalankan tugas mengikut arahan-arahan Pegawai atasan dari masa ke semasa