MENU

BANDAR PENGGARAM FUN RUN 2024

25 MEI 2024 (SABTU)

Program “Bandar Penggaram Fun Run 2024” telah berjaya dilaksanakan dengan jarak sejauh lebih kurang +- 4.00 KM yang sertai oleh En Ezahar bin Abu Sairin Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Pelepasan program larian ini telah disempurnakan oleh En Zaidi bin Japar, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Norashidah Binti Abd Rahman, Timbalan Dekan Kokurikulum Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum dan En Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan MPBP.

Program ini merupakan salah satu acara di dalam Program Santai Di Pinggiran Sungai Batu Pahat (River BP Healing) yang berlangsung dari 25 Mei 2024 sehingga 26 Mei 2024.

Program seperti ini merupakan salah satu acara bagi mempergiat aktiviti pelancongan domestik serta inisiatif Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon di Batu Pahat disamping dapat menjadikan aktiviti riadah kepada semua.

Seramai hampir 300 peserta yang melibatkan pelbagai umur telah menyertai program larian pada pagi ini.

Majlis Perbandaran Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan juga kepada pelajar- pelajar UTHM serta agensi-agensi terlibat dalam membantu dalam melancarkan progam pada pagi ini.

#majusejahtera

#mpbp

#riverbphealing

#exquisitesbatupahat

#bandarpenggaramfunrun2024

#lowcarboncity