MENU

Main menu

MAJLIS PERASMIAN 'BATU PAHAT COFFEE DAYS' -NAK NGOPI DATANG BP DI ESPACE BATU PAHAT

27 MEI 2023 | SABTU - Majlis perasmian 'Batu Pahat Coffee Days' - Nak Ngopi Datang BP telah berlangsung di Espace Batu Pahat, No.41-2, Jalan Mohd Khalid, 83000 Batu Pahat, Johor dan program ni akan berlangsung selama 2 hari dari 27hb hingga 28hb Mei 2023.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ezahar Bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Hadir sama Denise Wong CEO of Espace Group & Wakil Pengarah Tourism Johor Encik Mohd Azhari Bin Abu Bakar.

Pelbagai jenis kopi dan produk tempatan yang berasaskan kopi dibawakan kepada anda dan saksikanlah secara dekat bagaimana cara penyediaan minuman kopi kegemaran anda!

Terdapat juga pengisian aktiviti menarik untuk para pengunjung antaranya jualan pelbagai jenis kopi dan juga peralatan membuat kopi oleh para vendor. Turut diadakan pertandingan berasaskan kopi.

Diharap dengan ada program seumpama ini dapat menarik pelancong tempatan dan juga pelancong luar untuk datang ke Batu Pahat.

Ini merupakan salah satu strategi pelancongan MPBP di bawah Jejak Warisan, budaya serta 'Food Trail' dengan Gaya senibina Melayu-Anglo di bawah projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan dalam Bandar Penggaram dan kopi merupakan salah satu hasil pertanian di daerah Batu Pahat.

#mpbp

#majujohor

#MajudanSejahtera

#tourismjohor

#majesticjohor

#espace

#nakngopidatangbp