MENU

Main menu

Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 8

25  Mei 2023 | Khamis - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 8, Puan Haryani binti Sukarman bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Soga.

Program telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Ezahar bin Abu Sairin. Turut hadir Yang Berhormat Datuk Mohamad Najib bin Samuri , ADUN Kawasan Parit Yaani dan Ahli-ahli Majlis MPBP.

Program sumbangan 'Back To School' ini memberi sumbangan kepada 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Soga. Sumbangan turut diberikan kepada sekolah iaitu 4 unit kipas siling dan pokok bunga hiasan bagi projek taman mini.

YB ADUN Parit Yaani juga turut memberi sumbangan kewangan pada sekolah.

#MajuJohor

#MajudanSejahtera

#MPBP

#GerakMesra

#BPHebat