MENU

Main menu

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEMPENA PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 21 MPBP

19 MEI 2023 (JUMAAT) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Masjid Banang Jaya, Taman Banang Jaya, Batu Pahat anjuran Encik Yaman bin Basiran, Ahli Majlis Zon 21 dengan kerjasama AJK Masjid Banang Jaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor merangkap Adun Rengit. Turut hadir YB Tuan Mohd  Fared bin Mohd Khaled, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Johor merangkap Adun Semerah serta Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat yang telah menyumbang bantuan barangan keperluan kepada 10 orang asnaf.

Majlis diisi dengan Tazkirah Khas Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Shamsul Rizalis Abd Hamid dan berakhir dengan jamuan hari raya.

#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat #PGMAM