MENU

Main menu

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT JABATAN KERAJAAN DAERAH BATU PAHAT 1444H / 2023M

18 MEI 2023 | KHAMIS

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat telah diadakan di Dataran Penggaram, Jalan Rahmat Batu Pahat seawal 9.00 pagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor merangkap ADUN Semarang,

Turut hadir Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Batu Pahat, Ketua-ketua Jabatan Daerah, Ketua-ketua Agensi, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri dan Southern Volunteers Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan buat jabatan-jabatan, agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis ini.