MENU

Main menu

MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI PENILAIAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR BILANGAN 1/2023

Isnin | 15 Mei 2023

Pegawai-pegawai Penilaian daripada semua 16 PBT Negeri Johor telah menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor Bilangan 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14 Majlis Perbandaran Batu Pahat. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan yang diadakan mengikut giliran setiap PBT di Johor dan pada edisi kali ini MPBP telah terpilih menjadi hos dan majlis diurusetiakan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPBP. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Sr Haji Azmi bin Haji Miswan, Pengerusi Jawatankuasa Pegawai-pegawai Penilaian PBT Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Sr Zulkepli bin Welang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pegawai-pegawai Penilaian PBT Negeri Johor  dan Cik Azyan Hamizah binti Burhan, Akauntan Pejabat SUK Negeri Johor. Seramai 55 orang pegawai-pegawai penilaian telah hadir dan membincangkan agenda-agenda mesyuarat seperti Pembentangan Laporan Kerja Penilaian Am Semula dan membincangkan isu e-PBT Penilaian 3.0

Di akhir program, JPPH MPBP turut mengurusetiakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sanjungan Budi sempena persaraan Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Puan Sr Hjh Sophia binti Haji Salleh yang telah bersara wajib pada 11 Mac 2023.

#BPhebat

#TerusMajudaSejahtera

#MPBP