MENU

Main menu

Ahad | 7 Mei 2023

Mesyuarat Mengenai Aduan Limpahan Air Kumbahan di Blok E Rumah Pangsa Taman Bukit Perdana 2

Suatu mesyuarat bagi menyelesaikan isu air kumbahan yang melimpah di Blok E Rumah Pangsa Taman Bukit Perdana 2 telah diadakan bersama pihak pemaju BCB Berhad, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok E & F Bukit Perdana 2 dan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) serta jabatan-jabatan teknikal MPBP.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua MPBP merangkap Pesuruhjaya Bangunan, Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Turut hadir adalah Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng (ADUN Penggaram) dan Encik Mohammad Salmin bin Mohamad dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Pahat.