MENU

Main menu

MESYUARAT KICK OFF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHOR

BATU PAHAT, 6 April 2023 | Khamis - Mesyuarat Kick Off Rancangan Kawasan Khas Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Menara Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TPr Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Turut hadir Tuan Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan serta pegawai-pegawai dari PPZS, Jabatan dalaman MPBP, wakil-wakil pengarah daripada Jabatan/Agensi Kerajaan peringkat negeri Johor dan daerah Batu Pahat.

Tujuan Mesyuarat Kick Off ini adalah untuk memperkenalkan pasukan perunding yang telah dilantik kepada ahli-ahli Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal, mesyuarat telah diberi pembentangan Terma Rujukan dan perincian program kajian yang telah disampaikan oleh Pengurus Projek kajian dan juga Ketua Perunding. Kajian ini akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan bagi mengatasi isu dan masalah serta mencungkil potensi Sungai Batu Pahat.

Selain itu, di dalam mesyuarat ini juga Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) telah menyerahkan mockup peruntukan kajian RKK sebanyak RM500,000 dan mockup Program Bandar Selamat berjumlah RM400,000 kepada Tuan Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP sebagai tanda kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dan PBT.

Program ini diakhiri dengan lawatan ke kawasan kajian bersama Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Batu Pahat, Pejabat Projek Zon Selatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Lawatan tapak menaiki bot bermula di Pangkalan Maritim Batu Pahat ke sepanjang Sungai Batu Pahat.

#MajuJohor

#TerusMajuDanSejahtera

#BPhebat

#ZonWarisanBandarPenggaram

#BPauthenticcity

#ilovetownplanner