MENU

Main menu

Program "Free Market" anjuran PUSPANITA Majlis Perbandaran Batu Pahat ,

PUSPANITA Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan kerjasama SWcorp Daerah Batu Pahat, Puspanita Daerah Batu Pahat, Kelab Bunga telah menganjurkan program "Free Market" bagi menyalurkan pemberian pakaian terpakai kepada golongan Asnaf, mangsa banjir dan yang bekerperluan secara percuma. Bertempat di Dewan Jubli Intan selama dua hari iaitu dari 2 April hingga 4 April 2023 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Program ini mendapat sambutan dengan sebahagian besar pakaian terpakai yang didermakan oleh orang awam dan agensi penyumbang telah berjaya diedarkan.

Hadir meninjau aktiviti adalah ialah Tuan Yang dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Turut hadir mewakili Jawatankuasa Puspanita Daerah adalah isteri tuan yang dipertua dan isteri kepada tuan setiausaha MPBP.

Tahniah Puspanita MPBP