MENU

Main menu

PROGRAN BERBASIKAL JELAJAH BATU PAHAT 2023 – SIRI 1.0

26 Februari 2023 | Ahad - Pada hari ini telah berlangsung Program Berbasikal Jelajah Batu Pahat 2023 – Siri 1.0 diketuai sendiri oleh YBhg Encik Ezahar bin Abu Sairin, Tuan Yang DiPertua MPBP bersama 300 peserta kayuhan mengelilingi Bandar Penggaram sejauh 18 Kilometer.

Program kayuhan bermula jam 8.00 pagi dan acara pelepasan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Tuan Setiausaha MPBP bertempat di Menara MPBP, Jalan Rugayah, Batu Pahat.

Program anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat dan MPBP Cyclist adalah di bawah Inisiatif Bandar Rendah Karbon disamping mempromosikan Sektor Pelancongan Tempatan bagi aktiviti berbasikal di kalangan warga Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM Batu Pahat, SWCorp Batu Pahat serta Pantai Hospital Batu Pahat yang bekerjasama menjayakan program.

#MPBP #MajudanSejahtera #lowcarboncity #CyclistMPBP