MENU

Main menu

Town Hall Program Pemutihan 2.0 Pemajuan Industri dan Komersial Tanpa Kebenaran Di Kawasan MPBP

Tarikh : 23.02.2023 (Khamis)

Masa : 9.30 Pagi – 12.00 Tengahari

Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat

Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memberi penerangan berhubung kaedah permohonan pelan kelulusan di bawah Program Pemutihan 2.0 kepada pemilik / penyewa premis industri dan komersial di dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Program turut dihadiri oleh Encik Fizwan bin Dato’ Hj Rashid; Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Encik Ezahar bin Abu Sairin; Yang Dipertua MPBP, Encik Zainul Ariffin bin Azhar; Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Abdul Karim bin Hj Bakar; Setiausaha MPBP, Ahli – Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Agensi - agensi kerajaan, PNUBRA, Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Pihak Genting Property Sdn Bhd dan Perunding – perunding bertauliah.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh En Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP dan Tn. Hj. Hafrizam bin Jabir, Ketua Bahagian Bangunan MPBP.

#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat