MENU

Main menu

Majlis Perbandaran Batu Pahat malam semalam telah menerima Anugerah Silver bagi kategori Placemaking & Public Space Award (Government Initiative - Municipal Council Category) di dalam Malaysian Institute of Planning Excellence Awards 2022 ( MIPPEA 2022) yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Anugerah bagi kategori ini adalah untuk mengiktiraf pembikinan tempat dan projek ruang awam yang telah dilaksanakan dan telah menunjukkan signifikan penambahbaikan kepada kualiti fizikal atau persekitaran sesuatu kawasan, sekali gus menyumbang secara signifikan ke arah ekonomi dan sosial kesejahteraan sesebuah masyarakat. Penekanan kepada penciptaan atau pemulihan ruang awam, yang dihargai dan boleh diakses oleh komuniti setempat serta pelawat, melalui kualiti ruang awam, reka bentuk bandar, kualiti landskap, landskap jalan atau integrasi yang berjaya bagi kegunaan dan perancangan berdasarkan aktiviti serta keadaan fizikal di sekelilingnya.

Turut hadir menerima anugerah ialah Tuan Ezahar bin Abu Sairin ; Yang Dipertua MPBP, Encik Abdul Karim bin Haji Bakar ; Setiausaha MPBP dan Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP.

#MajuJohor

#TerusMajuDanSejahtera

#BPhebat

#ZonWarisanBandarPenggaram

#BPauthenticcity

#mippea2022

#ilovetownplanner