MENU

Main menu

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Batu Pahat Bagi Tahun 2022 / 2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14, Menara MPBP. 

Majlis telah dimulakan dengan Sesi Angkat Sumpah Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi tempoh 1 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2023 dan Bacaan Ikrar Menyimpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis oleh kesemua 24 Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Batu Pahat di hadapan Encik Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Taklimat ringkas berkaitan fungsi dan peranan Ahli Majlis telah diberikan oleh Pegawai Undang-Undang MPBP sejurus selepas tamat Majlis Angkat Sumpah.

Turut hadir ialah Encik Abdul Karim Bin Haji Bakar, Setiausaha MPBP serta Ketua-ketua Jabatan MPBP.

#MPBP
#MajudanSejahtera
#bphebat