MENU

Main menu

4 Ogos 2022 (Khamis), Program cabutan Undian Petak Niaga Penjaja Pasar Melayu Jalan Ibrahim (Zon Warisan) telah selesai dilaksanakan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

Untuk makluman, kategori perniagaan yang ditawarkan oleh MPBP adalah jenis perniagaan foodtruck, car boot sale, pasar karat/vintage dan mini kiosk.

Tapak Penjaja Pasar Melayu Jalan Ibrahim (Zon Warisan) akan beroperasi pada waktu malam (7.00 malam hingga 12.00 malam) pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 19 Ogos 2022 (Jumaat).

Ia adalah salah satu inisiatif Majlis Perbandaran Batu Pahat di bawah Projek Transformasi di Zon Warisan Bandar Penggaram.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya.

#bphebat
#MPBP
#MajudanSejahtera