MENU

Main menu

PELANCARAN KEMPEN KESEDARAN 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) SEMPENA JOHOR BERSIH 100 HARI OLEH RAKAN KERJASAMA STATEGIK PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCorp)

Majlis Penyerahan Tong (Sisa Baki, Kertas, Plastik dan  Lain-lain) serta  Pengedaran Risalah 3R oleh SWCorp kepada warga Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Objektif utama kempen kesedaran 3R ini diadakan adalah untuk memupuk minda warga kakitangan MPBP dengan memberi kesedaran tentang pentingnya kitar semula, mengawal dan mengurangkan pencemaran, menanam rasa tanggungjawab serta memupuk semangat cintakan alam semulajadi. Oleh yang demikian, kempen 3R harus dipupuk bermula dari rumah serta di zaman persekolahan lagi untuk memelihara alam semula jadi demi generasi yang akan datang.
Adalah menjadi harapan kempen 3R ini dapat dihayati oleh penduduk Batu Pahat selaras dengan program Johor Bersih 100 hari yang sedang berlangsung dapat diamalkan 3R bagi melestarikan alam sekitar.