MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA AHLI MAJLIS ZON 16 BERTEMAKAN KSEDARA BERSIH DARI DIRI BERSEMPENA JOHOR BERSIH 100 HARI

Aktiviti hari ke-29 Johor Bersih 100 hari diteruskan dengan penganjuran Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 16, Datin Hajah Hajar binti Abdul Rahman di BP Mall, Batu Pahat.
Program telah dirasmikan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. 
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang program seperti Pertandingan Mewarna Pra-Sekolah, Pertandingan Premis Makanan Bersih dan Pertandingan Tandas Bersih di Kawasan Zon 16 MPBP.
Tuan yang DiPertua turut meluangkan masa melawat booth-booth pameran seperti Kaunter Cukai Harta MPBP, Kaunter Cukai Tanah oleh Pejabat Tanah Batu Pahat, Kaunter Bergerak JPJ dan banyak lagi.
Semoga program yang dianjurkan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
#MajuJohor
#bangsajohor
#terusmajudansejahtera
#bphebat
#JohorBersih100hari
#bandarpintarrendahkarbon