MENU

Main menu

PROGRAM SESI 'TOWNHALL', GERAK MESRA ZON 9 DAN GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA PENDUDUK TAMAN BAHAGIA BARU DAN TAMAN SRI PANCHOR
Alhamdulillah, Program Sesi 'Townhall', Gerak Mesra Zon 9 dan Gotong-royong Perdana di Taman Bahagia Baru dan Taman Sri Panchor yang dikelolakan oleh Ahli Majlis kawasan tersebut iaitu Puan Norsiah binti Mohd Yusof telah berjaya dilaksanakan.
Program dimulakan dengan sesi 'Townhall' bersama penduduk setempat berkaitan permasalahan penduduk dan kemudahan-kemudahan setempat.
YBhg. Tuan Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat turut membuat sesi 'walkabout' di kawasan taman bagi meneliti permasalahan penduduk taman. Program diteruskan dengan program gotong royong perdana bersama penduduk setempat. 
Skuad BP Hebat Kebersihan turut serta bersama-sama dalam gotong royong tersebut.
Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Rashid bin Hasnon, Ahli Parlimen Batu Pahat , yang seterusnya menyampaikan ucapan perasmian program ini.
TAHNIAH diucapkan kepada Puan Norsiah binti Mohd Yusof atas penganjuran program pada hari ini. Pihak MPBP juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan  semua pihak yang telah terlibat dalam Program  Gerak Mesra Zon 9.
Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ini dapat menjadikan bandar Batu Pahat antara bandar terbersih satu hari nanti.
#johorbersih100hari 
#terusmajudansejahtera