MENU

Main menu

Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Tahun 2023

Mesyuarat dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 14, Menara MPBP dan telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamalludin Bin Haji Jamal, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Pejabat Kewangan Negeri Johor.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua MPBP, Encik Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha MPBP, Puan Ayzan Hamizah binti Burhan, Akauntan SUK Johor Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Khairul Adha bin Sarjuni, Penolong Pegawai Tadbir, SUK Johor Bahagian Sumber Manusia, Pihak Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor dan Ketua-ketua Jabatan MPBP.

Semoga hasil pembentangan Belanjawan Tahun 2023 akan mendapat perhatian kelulusan pihak Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor untuk pelaksanaan tahun 2023.