MENU

Main menu

Pengumuman

Berikut adalah senarai Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Ingat !!!

Setiap peniaga perlu menjaga S.O.P dan hendaklah bertanggungjawab di atas segala perkara mengikut S.O.P yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Peniaga dikehendaki menjaga kebersihan dan hendaklah menggunakan plastik sampah untuk mengumpul sampah yang akan dikutip oleh SWCorp.

Digalakkan menggunakan bahan bungkusan, bekas makanan dan cawan minuman yang diperbuat daripada produk biodegrasi (mudah terurai) dan penyedut minuman (straw) hanya diberi jika ada permintaan daripada pelanggan.

Pihak MPBP berhak menarik balik permit jika syarat tidak dipatuhi.

Peniaga juga tertakluk kepada Enakmen / Akta / Garis Panduan / Pekeliling / Arahan Kerajaan Negeri yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Pihak MPBP tidak akan bertanggungjawab / menanggung tuntutan dari pihak peniaga dan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan atau bencana atau apa-apa kerugian.

Ingat!! Kita Jangan Leka. Ramadhan Tiba Dengan SOP.

#bazarramadhanmpbp

#bazaraidilfitrimpbp

#silapatuhisop

#kitajagakita

#bpbebascovid19