Carian Kandungan Jurnal
 
imageprint
Tip Urus Kewangan Elak Pokai Lepas Raya

Kaedah pengurusan kewangan terbaik ketika menyambut musim perayaan

• Mengambil kira soal kepentingan berjimat dan menguruskan kewangan dan mempunyai simpanan khusus sebagai tabungan. Melalui tabungan inilah kita boleh membeli pakaian dan persiapan lain.

Konsep tabungan
• Mengamalkan konsep simpanan musim perayaan serta menetapkan nisbah 70/30 dalam keseluruhan jumlah pendapatan bulanan..
• 70% purata itu merangkumi perbelanjaan dan bayaran wajib setiap bulan. Manakala baki 30 peratus sebagai simpanan. Tidak kira sama ada simpanan pelaburan, amanah saham atau caruman, ia sedikit sebanyak membantu kita dalam aspek tabungan jangka masa panjang.

Kad kredit?
• Jika penggunaan dalam kuantiti sedikit, ia boleh membantu, tetapi jika salah penggunaannya ia juga boleh membebankan dalam tempoh jangka masa panjang.
• Kita seharusnya segera membayar jumlah kredit yang dipinjam supaya tidak ada kos tambahan dan caj dikenakan.

Tip mengelak penggunaan kad kredit musim perayaan
• Tinggalkan saja kad kredit di rumah. Apabila ke pasar raya, elak menggunakan troli, sebaliknya ambil bakul. Biarpun dua benda yang sama, tetapi secara psikologi menyaksikan kita hanya mengambil barang yang perlu saja.
• Arahkan pihak bank mengurangkan jumlah had atau credit limit sebagai alternatif mengelak daripada terus menggunakan kemudahan itu.

Perbelanjaan selepas cuti raya
• Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan.

TIP: Belanja berhemah:

a) Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli

b) Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki

c) Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat.

d) Elak menggunakan kad kredit.

e) Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih

f) Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran

g) Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan

h) Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama.

Rumusan petikan dari: Kempen Kosumer Kebangsaan .

http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-wang/perancangan-bajet/342-tip-urus-kewangan-elak-pokai-lepas-raya.html

 

Paparan : 225
Tarikh Akhir Dikemaskini : 07 September 2010