Breadcrumb
Carian Kandungan Jurnal
 
imageprint

Soalan Lazim


 Pertanyaan Sistem

Sistem tempat letak kereta Berkupon

1.Apakah kadar bayaran kupon di kawasan Pentadbiran MPBP?

 

Kadar Bayaran :-

  • RM0.30     – ½ Jam
  • RM0.60    - 1 Jam
  • RM4.00    - 1 Hari

2.Bagaimanakah cara mendapatkan kupon?

 

Kupon boleh di dapati melalui cara :-

  • Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh MPBP di seluruh kawasan Pentadbiran atau bolehdi dapati di kaunter bayaran ibupejabat MPBP. Setiap ejen yang dilantik akan dibekalkan dengan papan tanda sebagai pengenalan.

2.Bagaimanakah cara menggunakan kupon?

  • Sila goreskan 5 bahagian bagi tahun, bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan kemudian pamerkan di atas “Dassboard” kenderaan anda.
  • Kesilapan menggores kupon ini dianggap batal dan boleh dikompaun.

2.Apakah Kesalahan-Kesalahan yang sering dilakukan?

  • Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.
  • Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempot/tidak sah.
  • Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul.
  • Menghalang petak letak kereta.
  • Meletakkan kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.
  • Mempamerkan kupon letak kereta di dalam kenderaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti  atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa( Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan
 

Penilaian & Pengurusan Harta

1. Apakah yang dimaksudkan dengan PEGANGAN ?

  • “ Pegangan “ bermaksud harta iaitu tanah yang ada atau tidak ada bangunan di atasnya.

2. Apakah itu cukai taksiran am?

Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis seperti:-

  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan/Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain) Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

3. Apakah masalah biasa yang sering dihadapi oleh pemilik – pemilik harta ?

  • Tidak menerima sebarang bil untuk bayaran Cukai Taksir dan;
  • Kesalahan nama pada bil berkenaan atau bil tersebut masih lagi mencatatkan nama pemilik terdahulu.

4. Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

2 Kali setahun iaitu :

  • 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;  dan
  • 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

5. Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

  • Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik harta (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Taksiran.

6. Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Taksiran/Cukai Pintu?

  • Dibawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana harta anda akan DISITA.

7. Jika pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

  • Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

 

Paparan : 1706
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 April 2011
  MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Bangunan MPBP,
Jalan Pejabat
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Talian Hotline MPBP : 1-300-88-6727
Emel Rasmi : info@mpbp.gov.my
Aduan Awam : aduan@mpbp.gov.my