Carian Kandungan Jurnal
 
imageprint

Bahagian dan Unit


Unit Sistem Maklumat & Komputer Unit Pembangunan Korporat Unit Pusat Sehenti (OSC)

 
Unit Sistem Maklumat & Komputer
 

 

Misi

  • Mewujudkan persekitaran ICT kepada semua peringkat pengurusan untuk meningkatkan kualiti, prestasi dan produktiviti warga Majlis Perbandaran Batu Pahat dan seterusnya menjadikan MPBP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang berorientasikan teknologi maklumat yang terkini.

 

Objektif

  • Mewujudkan program pembangunan infrastruktur dan rangkaian sistem aplikasi komputer di dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penyediaan perkhidmatan Jabatan.

  • Memajukan dan meningkatkan keupayaan sistem ICT sedia ada dari masa ke semasa selaras dengan arus perkembangan IT yang pesat pada masa kini.

  • Menjadikan sistem komputer sebagai salah satu alat bantuan (tools) dalam proses membuat keputusan.

  • Menentukan kredibiliti sistem ICT sedia ada berdasarkan tahap keselamatan yang terjamin daripada ancaman serangan penggodam dan virus.

 

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Jabatan di MPBP.

  • Menetapkan polisi, panduan dan piawaian asas sistem maklumat dan komputer yang terlibat.

  • Menjalin hubungan rangkaian serasi di antara Jabatan dengan pihak agensi-agensi kerajaan selaras dengan persekitaran Kerajaan Eletronik.

  • Mengurus dan menyelaraskan pembangunan perkakasan dan sistem aplikasi IT serta rangkaian intranet dan internet Jabatan.
 

       

Paparan : 6187
Tarikh Akhir Dikemaskini : 05 April 2011