Jabatan Perancang Bandar & Pengindahan
Misi
- Memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dari segi keselesaan hidup.
- Melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditentukan oleh kerajaan dan pihak Majlis.
- Semua cukai yang dipungut akan diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi tujuan pengurusan, pembiayaan, projek-projek pembangunan, perkhidmatan dan penyelenggaraan kemudahan awam.
- Perancang, pengawal dan pembentuk pembangunan yang teratur dan bersistematik.
Objektif
- Untuk mempertingkatkan pembangunan dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat secara bersistematik selaras dengan Dasar Rancangan Pembangunan Jangka Panjang melalui perancangan serta penentuan strategi-strategi, cadangan dan program-program pembangunan.
- Memastikan matlamat, Objektif dan strategi di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dapat dilaksanakan.
- Untuk mewujudkan perancangan gunatanah, sosial dan alam sekitar yang teratur dan sihat melalui kawalan dan pengurusan yang teliti.
- Membantu mewujudkan imej korporat Majlis melalui pembangunan yang teratur, bersih dan menawan.
- Untuk menyediakan bank data dan matlamat pembangunan Majlis yang serba lengkap untuk rujukan.
Fungsi
- Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan, penyelarasan dan penyediaan setiap pelan-pelan pembangunan dan memperakukan setiap polisi-polisi dan dasar yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
- Bertanggungjawab menyelaras dalam penyediaan pelan-pelan pembangunan dan rancangan-rancangan pemajuan samada Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan atau Rancangan Tindakan Perkawasan.
- Membentuk, mengemaskini dan menyediaakan garis panduan perancangan bagi perancangan dan pembangunan.
- Mewujudkan carta laluan memproses permohonan dan sistem kerja bagi Jabatan Perancangan Bandar untuk meningkatkan produktiviti.
- Menyediakan maklumat gunatanah, kemudahan awam dan asas dalam bentuk bertulis dan pelan serta melengkapi dan mengemaskini sistem penyimpanan maklumat majlis.