Jika anda berkunjung ke daerah Batu Pahat, tidak sah jika anda tidak singgah di pekan Benteng - salah satu tempat makan yang terkenal di daerah ini. Antara makanan yang popular di sini ialah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak berhadapan Hospital Pakar Putra.
Mi Bandung
Mi Bandung terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu. Untuk ke sampai ke sana dari Bandar Muar, sebelum anda sampai ke Jambatan Batu Pahat, Pekan Benteng terletak di sebelah kiri anda. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
BP Walk
Pada waktu malam, Batu Pahat terkenal dengan BP walk iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang dipenuhi dengan pebagai jenis gerai termasuk makanan barat dan tempatan. BP Walk dibuka sehingga jam 3 ke 4 pagi pada setiap hari. Ketika waktu petang, ia juga akan dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung tempatan dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam.
Lain-lain
Terdapat juga berberapa pusat membeli belah terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store dan BP Mall. Terdapat juga taman tema air yang dikenali sebagai BP Water Park yang terletak kira-kira 2km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.
Paparan : 3458
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 Mac 2011