Bahasa Malaysia | English
Laman Utama > Info Batu Pahat > Panduan Batu Pahat > Tempat-Tempat Menarik
 

 
Tempat Menarik Di Batu Pahat
Briyani Gam Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "Benteng" - suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).
Mee Bandung Mi Bandung

Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
BP Walk
BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatam dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
BP Water Park Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, Store dan BP Mall. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.