Program Bandar Selamat
1.0 SITUASI SEBENAR AKTIVITI PERANCANGAN BANDAR
Bandar mestilah bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.
Aktiviti perancangan bandar dalam keadaan sebenar telah dikritik oleh ahli sosiologi yang banyak mempertikaikan konsep perancangan bandar yang cenderung kepada fizikal dan rekabentuk. Ini terbukti dengan meningkatnya kadar jenayah terutama di bandar yang terdiri daripada jenayah keganasan dan harta benda seperti berikut :
a) Jenayah Keganasan
- Bunuh.
- Cuba bunuh.
- Samun berkawan bersenjata api.
- Samun berkawan tanpa bersenjata api.
- Samun bersenjata api.
- Samun tanpa senjata api.
- Rogol.
- Mencederakan manusia.
b) Jenayah Harta Benda
- Pecah rumah dan curi (siang)
- Pecah rumah dan curi (malam)
- Curi motor lori / van
- Curi motokar
- Curi motosikal
- Curi ragut
- Lain-lain curi.
Fenomena masalah sosial ini telah beri kesan kepada perancang bandar yang di dakwa gagal menangani masalah jenayah. Perancang bandar hanya menumpukan fizikal sahaja tanpa mengambil berat masalah sosial dalam merancang bandar, persekitaran dan rupabentuk bandar.
Di Malaysia, jenayah dan masalah sosial ini telah menjadi isu hangat dan menjadi agenda Kerajaan untuk mengurangkannya. Melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Program Bandar Selamat telah diperkenalkan sebagai keperihatinan Kerajaan menangani masalah sosial ini dengan berkesan. Program ini akan dijelaskan dengan terperinci dalam para 4.
Situasi sebenar keadaan bandar-bandar di Malaysia yang menyebabkan meningkatnya kadar jenayah hartabenda dan keganasan ialah seperti berikut :
| a) | Pembangunan seperti perumahan, perdagangan, pelancongan, kawasan rekreasi dan perindustrian tiada ditekankan aspek keselamatan persekitaran fizikal seperti penyediaan laluan pejalan kaki yang dilengkapi railing, bollard dan landskap yang boleh menghalang peragut; |
| b) | Selain daripada itu, proses kelulusan permohonan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti Polis bagi menentukan keperluan pondok polis disesuatu projek pembangunan mega; |
| c) | Data-data jenayah dan kawasan yang kerap berlaku jenayah tidak dimanipulasi dan dianalisis sebaiknya dalam membantu PBT membuat keputusan Kebenaran Merancang; dan |
| d) | Yang membimbangkan dan menjadi bertambah serius ialah apabila kegiatan sosial dan kemasyarakatan penduduk dan awam tidak digerakan dan tiada galakan diberi oleh Kerajaan. |