MENU

Menu utama

PELAKSANAAN SISTEM eKASIH MPBP

  1. Sistem eKasih ialah suatu program yang diwujudkan oleh kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data kemiskinan, menguruskan permohonan dan penyaluran bantuan dan menyelaraskan bantuan-bantuan di antara agensi kerajaan.
  2. Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat di dalam Sistem eKasih kerana Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran PBT adalah di bawah tanggungjawab PBT.
  3. KIR berdaftar yang tinggal di dalam kawasan MPBP kini ialah berjumlah 1220 orang. Daripada jumlah tersebut, 303 orang daripada kategori Miskin. Miskin Tegar pula 17 orang.  900 orang lagi pula telah dikeluarkan dari taraf kemiskinan.

PECAHAN KIR SISTEM e-KASIH MENGIKUT KAUM

  1. Pecahan Ketua Isi Rumah (KIR) Program eKasih mengikut kaum adalah seperti berikut:-
Melayu 1249 Orang
Cina 83 Orang
India 18 Orang
Lain-lain 5 Orang
JUMLAH 1220 Orang