MENU

Menu utama

PROGRAM- PROGRAM DI BAWAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)             

1. PROGRAM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF DI BANDAR

a) Program ini menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.      

b) Kriteria Kelayakan Bagi Penerima Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar.           

  • KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT
  • Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar/ B40
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah; dan
  • Rumah yang didiami mengalami kerosakan kecil atau disebabkan  faktor musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut. Walaubagaimanapun, rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik  untuk dibaiki. Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap serta tidak melibatkan struktur asas rumah.

c) Peruntukan Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di Bandar.

    Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan   :     RM10,000 seunit .

2. PROGRAM KIOS PENJAJA BANDAR                  

a) Matlamat Program Kios Penjaja Bandar

  • Mengalakkan penyertaan Kumpulan Berpendapatan 40% Terendah (B40) dalam projek-projek keusahawanan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup; dan
  • Mengurangkan beban Kumpulan Berpendapatan 40% Terendah (B40) di bandar untuk mendapatkan Kios Penjaja yang selamat dan selesa bagi menambah pendapatan.           

b) Kriteria kelayakan bagi peserta Kios Penjaja Bandar

  • Berstatus miskin tegar,/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar dalam   Sistem eKasih sahaja;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
  • KIR berumur di antara 18 – 60 tahun (umur produktif) iaitu:

          -tidak uzur dan mampu bekerja untuk menyara keluarga;

          -telah tamat persekolahan; dan

          -berminat dan berazam untuk menjalani program yang dipohon.

  • Keutamaan kepada peserta yang telah memulakan perniagaan/ menjalankan  perniagaan sepenuh masa dan bersetuju mematuhi syarat-syarat PBT/ PPPN/ JPPN; dan
  • Tidak muflis.                   

c) Tempoh peminjaman Kios Penjaja Bandar  

Tempoh peminjaman yang diberikan adalah 2 tahun dan boleh dilanjutkan sehingga KIR keluar dari kemiskinan dengan persetujuan dan pengawasan oleh PBT/ PPPN/ JPPN.  

d) Kadar Bantuan Kios Penjaja Bandar    

Kadar maksimum bagi seunit Kios Penjaja Bandar ialah RM15,000.00 merangkumi perkara-perkara berikut:              

Pembinaan Kios Penjaja                 - RM10,000.00

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am