MENU

Menu utama

BAS MUAFAKAT JOHOR (BMJ)

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) merupakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Beruasa Tempatan. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh PAJ ini, mula beroperasi pada  1 April 2016 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor.

 

TUJUAN

Mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan kepada rakyat.

 

PENGENALAN KAD MUAFAKAT JOHOR (KMJ)

Kad Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna BMJ bagi membolehkan mereka menaiki bas tersebut secara percuma. Caj minimum tahunan kad dikenakan. Kad ini tidak boleh dijual kepada orang lain. Pengguna dan fungsi kad ini akan dipertingkatkan pada masa akan datang seperti kutipan mata ganjaran dan lain-lain.

 

  • RM 10 DEWASA (lingkungan antara 18 - 59 tahun)
  • RM 5 PELAJAR (7 - 17 tahun)
  • RM 5 WARGAEMAS (60 tahun dan ke atas)
  • RM 5 ORANG KURANG UPAYA (OKU)
  • PERCUMA (kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah)

 

LALUAN BAS MUAFAKAT JOHOR DI KAWASAN PENTADBIRAN

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

LALUAN BAS MUAFAKAT JOHOR MPBP 01

  • Terminal Batu Pahat
  • Jalan oga
  • Jalan Sultanah
  • Jalan Rahmat
  • Jalan Pejabat
  • Jalan Zaharah
  • Jalan Kolam Air
  • Jalan Daun Payung
  • Jalan Tukas
  • Jalan Susur Zamrud
  • Jalan Ampuan
  • Jalan Dato' Syed Esa
  • Jalan Pantai
  • Jalan Shahbandar
  • Jalan Temenggong
  • Jalan Rugayah
  • Terminal Batu Pahat

LALUAN BAS MUAFAKAT JOHOR MPBP 02

  • Terminal Batu Pahat
  • Jalan Soga
  • Jalan Sultanah
  • Jalan Zabedah
  • Jalan Rahmat
  • Jalan Limpoon Jalan Lim Yew Leong
  • Jalan Keembong
  • Jalan Susur Perdana Tengah
  • Jalan Tanjong Laboh
  • Bulatan Simpang Rantai
  • Jalan Kluang
  • Jalan Bakau Condong
  • Jalan Mohd Akil
  • Jalan Pengkai
  • Terminal Batu Pahat