MENU

Menu utama

Objektif Unit Undang-undang

  • Memberi khidmat nasihat perundangan dari segi pengurusan pentadbiran, pembelian, kewangan dan perkhidmatan kepada jabatan, bahagia, Unit di Majlis Perbandaran Batu Pahat

  • Memastikan undang-undang yang telah diperuntukkan pihak Berkuasa Tempatan dipatuhi di dalam kawasan pentadbirannya serta memastikan kepentingan masyarakat umum terpelihara

  • Memastikan tindakan dan perancangan diambil oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah mematuhi prosedur dan peruntukan Akta serta Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan

  • Memastikan setiap aduan yang diterima dikenalpasti berlaku dan diambil tindakan mahkamah mengikut peruntukan Akta dan Undang-undang Kecil yang digunapakai oleh MPBP

Fungsi Unit Undang-undang

  • Menerima dan mendaftar serta menguruskan surat dari agensi kerajaan dan orang awam

  • Menyediakan perjanjian dan semakan draf perjanjian untuk MPBP

  • Menyemak, meminda dan menguruskan pewartaan dan pengubahan Undang-undang Kecil

  • Memberi khidmat nasihat Undang-undang

  • Memfailkan aduan-aduan kes ke mahkamah

  • Menerima dan menguruskan tuntutan gantirugi(sivil) yang dikemukakan oleh orang awam atau pihak ketiga

  • Menyediakan laporan kes mahkamah untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Perkara Am

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 April 2024 - 8:14am