MENU

Menu utama

Objektif Unit Osc

  • Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di PTG dan PBT yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain.
  • Memendekkan norma masa dan memudahcara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Menyeragam prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaan merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Fungsi Unit Osc

 

  • Bertanggungjawab menerima, menyemak, mendaftar dan mengedar permohonan cadangan pemajuan oleh Unit Pusat Setempat (OSC).
  • Bertanggungjawab membuat penyelarasan  Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
  • Bertanggungjawab memantau proses Pengeluaran CCC.
  • Menjalankan tugas melalui arahan dari semasa ke semasa.