MENU

Objektif Jabatan Penguatkuasaan

  • Menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk memperkasakan komuniti dan menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) selesa didiami dan perkhidmatan melalui pengurusan cemerlang

  • Melaksanakan penguatkuasaan supaya masyarakat mematuhi undnag-undang yang telah diperuntukan di kawasan pentadbiran MPBP

  • Memastikan setiap bentuk perniagaan mestilah berlesen

  • Memastikan setiap premis dan kawasan perumahan bersih dan teratur

  • Mencegah peniaga yang berniaga tanpa kebenaran deripada MPBP

  • Mengawal dan menghapuskan pembuangan sampah secara haram

  • Mengawal pertumbuhan bangunan haram

Fungsi Jabatan Penguatkuasaan

  • Urusan Penguatkuasaan Undang-Undang di bawah peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai

  • Urusan tindakan penguatkuasaan ke atas orang awam di bawah peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai

  • Urusan memastikan premis-premis perusahaan,penjaja dan tred mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan

  • Urusan mengalih, meroboh, dan meyita apa jua halangan dan kacauganggu

  • Urusan memastikan keadaan persekitaran Bandar bersih dan teratur dengan menjalankan pemeriksaan dan rondaan berkala

  • Urusan membenteras pertumbuhan peniaga-peniaga yang berniaga tanpa kebenaran MPBP

  • Urusan bekerjasama dengan jabtan atau bahagian lain dalam membuat tindakan penguatkuasaan

  • Urusan tindakan operasi bersepadu dengan jabatan luar dalam menjalankan penguatkuasaan

  • Urusan menyediakan kertas siasatan bagi tindakan mahkamah

  • Urusan siasatan dan penguatkuasaan ke atas aduan yang diterima

  • Urusan tuntutan kompaun yang tidak berbayar