MENU

Menu utama

Objektif Utama MPBP

  • Memastikan pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

  • Merancang pembangunan holistik.

  • Merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

  • Membina masyarakat yang berdisiplin, berilmu, berbudaya, berwawasan, prihatin, penyayang, sihat dan cergas.

Oleh itu, Majlis Perbandaran Batu Pahat menggariskan matlamat jangka panjangnya bagi meyempurnakan komitmen terhadap perkhidmatannya:-

  1. Memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan pembayar cukai terutamanya dari segi kesihatan dan keselesaan hidup.

  2. Melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan pusat, negeri dan tempatan.

  3. Semua cukai yang dipungut akan diuruskan sebaik-baiknya bagi tujuan pengurusan, pembiayaan projek pembangunan perkhidmatan dan penyelenggaraan kemudahan awam untuk memenuhi keperluan warga perbandaran.

  4. Perancangan Bandar, kawalan serta menentukan arah pembangunan yang lebih teratur dan sistematik untuk mencapai matlamat perbandaran yang maju dan sejahtera.

  5. Menerapkan nilai sayangi alam sekitar dalam setiap perancangan dan pembangunan yang dijalankan selaras dengan Doktrin Perancangan Manusia Sejagat yang menjadi dasar kerajaan untuk memelihara hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan pencipta dan manusia dengan alam sekitar.

  6. Kemajuan dan kesejahteraan yang menjadi tonggak perjuangan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Batu Pahat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesannya dapat dirasai oleh semua khususnya dari aspek pembangunan fizikal, ekonomi,mental dan rohani.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 14 March 2024 - 8:07am