|
 |
|
|
|
|
|
|
Piagam Pelanggan Penerangan | Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi merealisasikan pencapaian ke arah keunggulan, kegemilanagn dan kecemerlangan Majlis Perbandaran Batu pahat sesuai dengan slogan " Maju Dan Sejahtera ", kami menjamin: | 1. | Layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila berurusan dengan kami. | | 2. | Satu persekitaran yang bersih, nyaman dan indah serta penuh keceriaan bagi didiami oleh warga perbandaran. | | 3. | Membuat pungutan sampah dengan sempurna SETIAP HARI bagi kawasan yang telah dikontrakkan kecuali pada hari Ahad dan Kelepasan Am dan SEKALI SETIAP 2 HARI bagi lain-lain kawasan yang dikendalikan oleh MPBP sendiri. | | 4. | Memproses permohonan lesen-lesen perniagaan dalam tempoh 3 BULAN dari tarikh permohonan diterima dengan syarat permohonan melengkapkan dokumen dan mendapat sokongan jabatan-jabatan berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan. | | 5. | Memproses permohonan lesen sepandok dengan lengkap dan mematuhi syarat-syarat dalam tempoh 1 HARI dari tempoh yang ditetapkan. | | 6. | Memproses permohonan mendirikan kilang dan rumah persendirian dalam tempoh 2 BULAN dari tarikh permohonan diterima dengan syarat mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan. | | 7. | Memproses permohonan membaiki rumah persendirian dalam tempoh 1 BULAN dengan syarat permohonan tersebut memenuhi kehendak undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984. | | 8. | Mengemukakan maklumat-maklumat berkaitan dengan perancangan, pembangunan dan landskap kawasan MPBP dengan cepat serta mengikut jenis maklumat yang diperlukan. | | 9. | Memproses permohonan pelan susunatur, permohonan nama tanaman dan nama jalan serta pelan landskap dalam tempoh masa tidak lebih daripada 3 BULAN dengan syarat dokumen yang disertakan mestilah lengkap serta teratur dan permohonan diterima pada awal bulan. | | 10. | Bil-bil cukai harta akan dihantar kepada pemilik dalam tempoh 30 HARI dari tarikh bermula kutipan setengah tahun pertama (Januari-Jun) dan kutipan setengah tahun kedua (Julai-Disember). | | 11. | Memproses dokumen pindah milik harta akan disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 2 HARI sekiranya dokumen/bayaran yang diperlukan adalah lengkap. | | 12. | Memberi keputusan permohonan sewa gerai/pasar dalam tempoh 2 BULAN dari tarikh permohonan dengan syarat kehendak-kehendak permohonan adalah lengkap. | | 13. | Membuka kaunter mengikut jadual yang ditetapkan. | |
|
|
|
|
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Perbandaran Batu Pahat
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024x768.
|